CHELSEA 1 BRENTFORD 4
Thomas Tuchel merumuskan Chelsea "berhenti bertahan" ketika membenarkan Brentford mengamuk dalam kemenangan 'derby' 4-1 di Stamford Bridge, sebentar tadi.
Brentford mengejutkan juara Eropah itu dengan garang untuk memastikan kemenangan sulung mereka ke atas seteru barat London itu sejak 1939.
Ledakan jarak jauh Antonio Rudiger meletakkan The Blues di hadapan pada awal separuh masa kedua tetapi pasukan asuhan Thomas Frank itu bangkit dengan tiga jaringan dalam tempoh 10 minit.
Vitaly Janelt menyumbat dua gol tatkala Christian Eriksen memberikan Brentford pendahuluan sementara Yoane Wissa menambah derita tuan rumah dengan gol keempat selepas masuk menjelang waktu kecederaan.
Chelsea menang kelima-lima perlawanan sejak Roman Abramovich berhasrat menjual kelab itu tetapi kali ini mereka mudah diratah Brentford yang menjauhi zon penyingkiran dengan 11 mata.
Pengurus The Blues itu berasakan pasukannya gagal memperagakan prestasi sebenar menjelang perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid, Khamis depan.
Dia memberitahu BBC Sport: "Tiada siapa yang melihatnya datang, lebih-lebih lagi selepas mendahului 1-0.
"Ia langsung bukan kebiasaan kami. Kami sebaliknya berhenti bertahan. Kami tidak menyedari bahaya yang datang. Pertahanan kami dicerobohi dan dihukum.
"Mereka memanfaatkan 10 minit itu dengan sepenuhnya. Sejurus selepas gol ketiga mereka, dalam tempoh 10 minit kami terlepas peluang keemasan.
"Mereka bernasib baik dan cukup klinikal untuk mendapatkan tiga gol.
"Kami tidak bertahan seperti yang dituntut dalam EPL dan dihukum."

1939 - Brentford have beaten Chelsea for the first time in nine meetings in all competitions, since a 3-1 away win in the top-flight in February 1939. Buzzing. pic.twitter.com/W7pgfQBCZ0
— OptaJoe (@OptaJoe) April 2, 2022