Skip to main content

Bola Sepak

Tuah iringi Felcra, kata jurulatih

tarcisio-pugliese-barbulio.jpg
Dua jaringan Anselmo Arruda da Silva menyumbang tiga mata penuh buat Felcra FC untuk meleraikan badi seri sejak beberapa perlawanan lalu. 

Felcra membuktikan kelebihan mereka beraksi di laman sendiri selepas menundukkan UKM FC menerusi jaringan 2-1 demi tiga mata penuh. 

"Mereka bermain baik tetapi kami menang. Itu yang penting, kami mendapat tiga mata. 

"Mungkin ini bukan perlawanan terbaik kami, namun sekurang-kurangnya kami boleh menang," ujar jurulatih Felcra, Tarchisio Pugliese Barbulio.

Awal babak permainan, kedua-dua pasukan tampak seimbang mencari peluang mencetak jaringan pembukaan. 

Bagaimanapun, niat itu hanya terlaksana pada minit ke-40 oleh Felcra yang ditanduk Anselmo.

Memasuki babak kedua, UKM menyamakan kedudukan melalui penyudah Sein Nam pada minit ke-54. 

Jaringan penyamaan itu tidak kekal lama apabila Anselmo  sekali lagi merobek gawang UKM pada minit-75. 

Ada usaha penambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan, namun kedudukan kekal hingga tamat permainan. 

"Kalau kita betul-betul menilai permainan bola sepak, kamu boleh tengok cara UKM bermain. 

"Cuma, apa yang UKM tidak dapat selesaikan sehingga hari ini adalah ketumpulan barisan hadapan," kata jurulatih UKM, Sulaiman Hussin. 


 

Advertisement

Must Watch Video