Ketua pasukan T-Team, Hasbullah Awang, mengakui bahawa tiga mata berdepan PKNS FC malam ini amat penting buat pasukannya bagi memastikan mereka terus bersaing dalam saingan Liga Super musim depan.
T-Team kini menduduki tangga ketujuh liga dan dibezakan tujuh mata dengan pasukan kedua terbawah, Melaka United.
Mereka perlu memastikan sekurang-kurangnya enam mata berjaya diraih untuk kekal bersaing dalam liga tertinggi Malaysia itu.
Bagi Hasbullah, pertemuan menentang PKNS adalah peluang terbaik untuk menjarakkan kedudukan dari zon bahaya.
"Malam ini, jika berjaya meraih tiga mata, ia akan memberikan keselesaan buat kami dalam carta liga.
"Saya rasa T-Team akan berjaya melakukan yang terbaik dan membawa pulang tiga mata," katanya.
Sementara itu, Hasbullah menggesa rakan sepasukannya agar sentiasa yakin dan percaya terhadap kemampuan diri sendiri walaupun skuad Pantai Timur itu tidak dibarisi nama-nama besar dalam saingan bola sepak tempatan.
"T-Team sudah seperti sebuah keluarga kerana ramai anak-anak Terengganu yang membarisi pasukan ini dan sudah memahami antara satu sama lain," tambahnya.