Pasukan T-Team perlu menang ke atas Kelantan malam esok jika memasang hasrat untuk memintas kedudukan dalam carta Liga Super dan membalas kekalahan besar yang dialami dalam pusingan pertama.
Dua perlawanan Liga Super sebelum ini menyaksikan T-Team mengalami kekalahan 3-0 kepada Kedah pada 24 Mei dan tewas 4-2 kepada Selangor, awal bulan ini.
Dua kekalahan itu dicatatkan ketika bertandang ke tempat lawan, namun menentang Kelantan esok, T-Team akan bertindak sebagai tuan rumah dan jurulatihnya, Rahmad Darmawan, berharap mereka mampu menggunakan kelebihan itu untuk mengutip tiga mata penuh.
Kedudukan T-Team dan Kelantan dalam carta Liga Super tidak jauh, hanya dipisahkan dengan satu mata, dengan T-Team berada di kedudukan kelapan dengan mengutip 16 mata manakala Kelantan berada satu tangga di atas dengan 17 mata.
"Motivasi kami dan Kelantan sama di mana selepas kami dikenakan pemotongan mata, jadi kami perlu mendapatkannya kembali.
"Kami akan berusaha dengan keras dalam memburu kejayaan esok," kata Rahmad.
Biarpun jadual perlawanan amat padat apabila perlu mengharungi saingan Piala Malaysia dan Liga Super serentak, Rahmad bersyukur kerana pasukannya bebas daripada kecederaan dan mampu menurunkan kesebelasan terbaik untuk menentang Kelantan.
Dalam perlawanan pusingan pertama pada Mac lalu, T-Team tewas 4-2 kepada Kelantan ketika berkunjung ke Kota Bharu.
"Setakat ini, saya lihat setiap pemain sudah pulih sepenuhnya untuk beraksi malam esok," ujar kapten T-Team, Hasbullah Awang.