Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Frank Bernhardt, dilanda masalah apabila dua pasukan, T-Team dan Pahang, enggan melepaskan pemain mereka untuk menyertai perlawanan persahabatan bertemu Vietnam pada 7 Februari ini.
Pengendali dari Jerman itu meluahkan rasa terkilan dengan situasi itu kerana ia menyukarkan perancangannya untuk membentuk skuad ampuh bagi menghadapi Sukan SEA, 19-31 Ogos depan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Bernhardt sudah memanggil dua pemain, K. Kannan dari Selangor dan pertahanan Negeri Sembilan, Mohd Fauzan Mohd Fauzi.
"Ini yang perlu saya fikirkan dan bercakap dengan pasukan mengenainya. Beberapa pemain memerlukan sesi latihan kerana mereka kurang berkeyakinan disebabkan lama tidak bermain bersama skuad saya. Mereka perlu disesuaikan dengan sistem kami," katanya.
Mengakui perkara itu sebagai sesuatu yang membimbangkan, Bernhardt berharap satu pertemuan dengan wakil setiap persatuan bola sepak negeri dan kelab dapat dilakukan secepat mungkin.
Katanya, ia adalah sebagai langkah paling tepat untuk mencari titik penyelesaian bagi semua pihak agar masalah sama tidak berulang pada masa akan datang.
"Ini adalah Sukan SEA di negara sendiri, ia begitu penting untuk semua. Jadi, kami memerlukan sokongan daripada setiap pihak," tambahnya.
Inilah senarai pemain yang gagal mendapat pelepasan dari pasukan masing-masing dalam persiapan skuad B-22 negara untuk Sukan SEA:
1. Matthew Davies (Pahang)
2. Muhammad Aqil Irfanuddin (T-Team)
3. Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team)
4. Zarulizwan Mazlan (T-Team)