Pasukan berstatus kelab, T-Team, mengesahkan telah menghantar surat rayuan kepada Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berhubung tindakan pemotongan mata yang dikenakan oleh organisasi itu.
Menurut Ketua Pegawai Operasi T-Team, Aidi-Naim Mohamad Samsani, setakat ini pasukan itu tidak berdepan masalah pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan.
Bagaimanapun, pihaknya mengakui berlaku sedikit kelewatan dalam pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Kesemua bayaran tertunggak telah dijelaskan bulan lalu serta telah menerima surat pengesahan pembayaran daripada KWSP (27 April) dan LHDN (30 April).
“Tidak dinafikan berlaku penangguhan dalam mengemaskinikan Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak (SPMB) dan MYPass.
“Namun, kami telah memaklumkan kelewatan ini kepada FMLLP sebelum tarikh akhir diberikan, iaitu 31 Mac,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Dengan selesainya isu kelewatan pembayaran KWSP, LHDN dan PERKESO ini, pihaknya juga berazam memastikan tidak akan membenarkan kejadian sama daripada berulang.
“Diharapkan FMLLP memberi pertimbangan berkenaan pemotongan mata kerana T-Team telah berusaha menyelesaikan isu berkenaan mengikut garis panduan FMLLP,” tambah Aidi-Naim.
T-Team dan Kelantan dipotong enam mata oleh badan pentadbir Liga Malaysia itu sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan kini tergelincir ke tangga ketujuh dan kelapan liga dengan hanya 10 mata daripada 11 perlawanan.
Kredit imej: T-Team FC