Skip to main content

Bola Sepak

T-Team batal hasrat ganti pemain import

t-team-100617.jpg
Pengurus pasukan T-Team, Datuk Mohammad Kamil Othman, tidak menolak kemungkinan untuk mengekalkan empat pemain import pasukan itu untuk baki musim ini.

Menurutnya, hasrat untuk membuat pertukaran dan membawa masuk calon import baharu mungkin terpaksa dilupakan dengan jendela perpindahan pemain akan ditutup esok.

“Memang kami bercadang membawa masuk pemain baharu, namun jawatankuasa pengurusan memutuskan masa terlalu singkat dan berisiko.

“Kami tidak mahu sekadar tangkap muat kerana pemilihan pemain, terutama import, memerlukan penelitian dan ketua jurulatih pasti faham situasi ini,” katanya.

Tambah Mohammad Kamil lagi, faktor kekangan kewangan juga diambil kira bagi mengelak daripada mengalami masalah kemudian hari.

Namun, kelibat beberapa awang import masih dilihat berada di Kuala Terengganu untuk mencuba nasib menyarung jersi hitam putih The Titans.

Dalam pada itu, beberapa pemain tonggak tempatan juga difahamkan akan kekal meskipun mendapat tawaran daripada pasukan lain.

“Saya diberitahu Rahmad Darmawan, beberapa pemain muda yang gagal berada dalam prestasi di tahap tertinggi akan dikembalikan kepada skuad Piala Presiden.

“Selain itu, tiada pemain yang akan meninggalkan T-Team,” ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video