Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling, menganggap rakan sepasukannya, Yaya Toure, seperti "sebuah mesin" selepas diberikan pembaharuan kontrak untuk kekal di Stadium Etihad.
Masa depan pemain kelahiran Ivory Coast itu dilihat untuk kekal sebagai pemain The Citizens cerah apabila terlibat sebagai pemain berpengaruh dalam tempoh tiga bulan pertama buat musim 2016-17.
Pengurus pasukan, Pep Guardiola, membuat kejutan dengan menurunkan Toure ketika berdepan Crystal Palace pada 19 November dan dia menggunakan peluang tersebut untuk membantu pasukan meraih kemenangan 2-1.
Pemain berusia 34 tahun itu terus mempamerkan kualitinya dalam separuh kedua musim, sekaligus ditawarkan lanjutan kontrak selama setahun.
Sterling menyifatkan dia gembira dapat beraksi bersama Toure dan memuji gaya pemain tersebut mengawal permainan di bahagian tengah.
"Apa yang saya dapat katakan mengenai Toure?," kata Sterling.
"Dia telah memberikan yang terbaik dan melakukannya buat beberapa musim bersama City. Saya sangat berbangga dapat berganding dengannya di atas padang.
"Toure telah banyak melakukan perkara-perkara yang menakjubkan. Anda sentiasa dapat mempelajari sesuatu daripadanya.
"Gaya dia mengawal permainan dan sentiasa tenang di atas padang.
"Dia boleh beraksi di mana dan pada bila-bila masa yang dia inginkan. Dia seperti sebuah mesin."