Mauricio Pochettino berkata Tottenham perlukan seorang lagi pemain berkualiti jika mahu memberikan cabaran kepada pesaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kekalahan kepada Burnley dan Chelsea menyaksikan cabaran Spurs mengejar EPL tergugat selepas tersingkir daripada saingan Piala EFL dan Piala FA bulan lalu.
Pochettino percaya tidak adil baginya untuk dikritik kerana gagal meraih sebarang gelaran bersama Tottenham, yang tidak menandatangani mana-mana pemain dalam dua jendela perpindahan, serta menganggap beliau tidak harus dibandingkan dengan pesaing yang melabur untuk mendapatkan pemain.
"Jika, pengerusi Tottenham, Daniel Levy, berkata kepada saya musim hadapan, 'kami perlu memenangi gelaran, memenangi Liga Juara-Juara (UCL) atau EPL', saya mungkin memberitahu beliau bahawa Spurs memerlukan seorang lagi pemain berkualiti," kata Pochettino.
"Adakah kami akan bersaing? Ya. Adakah kami akan bersifat kompetitif? Semestinya. Tetapi anda tidak boleh berkata kami perlu menang kerana tidak bersaing dengan kelengkapan yang sama seperti lawan kami.
"Saya mendengar orang berkata, 'Pochettino sudah bersama kelab selama lima tahun tetapi tidak memenangi apa-apa'. Ya saya tidak menang tetapi apa yang kami lakukan adalah lebih daripada memenangi gelaran."
Pochettino mengakui ia merupakan situasi yang sama seperti Arsenal ketika berhijrah ke Stadium Emirates pada 2006, dengan Spurs masih lagi belum berhijrah ke White Hart Lane yang baru.
Pengendali kelahiran Argentina itu percaya membawa kelab ke stadium baru adalah sama penting seperti menjuarai gelaran.
"Saya berasakan situasi yang sama dihadapi Arsenal. Masalahnya adalah saya tidak memiliki sebarang jawapan. Saya bukan pemilik kelab, saya bukan orang yang tepat untuk membincangkan pelan perniagaan untuk masa akan datang.
"Berada dalam kelompok empat terbaik, beraksi dalam UCL, ia merupakan impian lima tahun lalu. Beraksi dalam stadium baru adalah sesuatu yang sama seperti memenangi gelaran."