Skip to main content

Bola Sepak

Tottenham perlu sedia kehilangan Harry Kane -- pengurus

kane.jpg
Tottenham tidak menjangkakan Harry Kane akan meninggalkan kelab sebelum akhir jendela perpindahan ini sungguhpun Nuno Espirito Santo menegaskan Spurs perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. 

Kane tidak diturunkan dalam skuad Spurs untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang juara Manchester City, semalam, dengan Son Heung-min menjaringkan gol kemenangan. 





City yang berminat menandatangani ketua pasukan England itu -- Pep Guardiola mahu memperkasakan jentera serangannya dengan memburu seorang penggempur tengah. 

Minggu lalu seteru itu dilaporkan sedia menawar £150 juta (RM878.4j) dalam usaha memancing Kane yang mempunyai babki kontrak tiga tahun di Tottenham -- apatah lagi pemain itu sendiri menyuarakan keinginan meninggalkan kelab berkenaan demi mengecapi trofi. 

Nuno menyatakan Kane tidak terlibat minggu lalu kerana baru kembali berlatih, namun tindakan merehatkan pemain berusia 28 tahun itu masih belum dapat meredakan meredakan spekulasi perpindahannya. 

Begitupun, pengurus Spurs itu masih menagih khidmat Kane untuk musim ini dan dibuktikan dengan menyenaraikannya dalam kempen Liga Europa, tetapi Nuno mengakui Tottenham perlu bersedia untuk melabur jika mereka melepaskan bintang kesayangan mereka tersebut. 

"Keputusan (untuk tidak menyenaraikan Harry) dibuat pada Sabtu (Ahad), hari kami bersiap untuk menghadapi perlawanan," jelas Nuno kepada wartawan. 

"Kami perlu membuat keputusan, itu tugas kami. 

"Harry baru berlatih bersama kami, dia sedang berlatih pada hari terbabit dan dia bersiap sedia untuk membantu pasukan. Kami tidak menjangkakan (sesuatu akan berlaku sebelum tarikh akhir perpindahan tetapi) kami harus bersedia untuk bertindak jika perlu kerana hingga 31 haribulan ini, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

"Kami mempunyai skuad kami, kami mempunyai pemain Spurs kami.

"Kami memerlukan khidmat mereka tetapi kami juga perlu sedar hingga tanggal 31 Ogos, kadang-kadang perkara boleh berlaku di luar kawalan. Semua pengurus EPL mempunyai perasaan yang sama seperti yang saya hadapi -- terus mengharungi jendela perpindahan dan kekal tenang."





 

Advertisement

Must Watch Video