TOTTENHAM 2 SOUTHAMPTON 3
Pengurus Tottenham, Antonio Conte, meratapi pengalaman mentah pasukannya untuk menguruskan permainan selepas mereka mensia-siakan pendahuluan untuk tewas 2-3 kepada Southampton pada lewat permainan.
Conte telah memenangi 20 daripada 21 perlawanan liga terakhirnya di laman sendiri sepanjang tempoh bersama Inter dan kelabnya terkininya itu -- termasuk lima perlawanan tanpa kalah bersama pasukan London terbabit -- tetapi pasukan kendalian Ralph Hasenhuttl tersebut sebaliknya bangkit dengan bertenaga di penghujung pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur berkenaan.
Jan Bednarek tertolak bola ke gawangnya sendiri untuk meletakkan Spurs di hadapan sebelum Armando Broja menyamakan kedudukan dengan gol liga keenamnya dalam kempen ini.
Son Heung-min kemudian meletakkan tuan rumah kembali di landasan kemenangan menerusi gol ke-12 peribadinya sepanjang bertemu Southampton.

Tetapi dua lorongan mantap James Ward-Prowse buat Mohamed Elyounoussi dan Che Adams menghasilkan gol lewat untuk memastikan kemenangan luar biasa pelawat, sehubungan itu bekas pengendali Itali tersebut percaya barisan pemainnya perlu belajar daripada kepincangan berkenaan.
"Kami melakukan banyak kesilapan dalam babak pertama; kesilapan penting," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
"Dalam separuh masa kedua, kami melakukan dengan baik, menjaringkan gol dan kemudian kami perlu lebih baik untuk bertahan. Saya telah melihat dua gol itu dan kami dibolosi dengan barisan pertahanan di sana.
"Saya amat menyedari bahawa kami akan bergelut untuk mendapatkan tiga mata. Saya pernah mengatakannya dan akan terus mengulanginya. Ketika ini, kami makin bertambah baik dalam pelbagai aspek tetapi kami masih terlalu emosi.
“Kami perlu tingkatkan lagi prestasi kerana jika mahu berkembang sebagai sebuah pasukan dan cuba untuk berdaya saing, perkara pertama yang perlu diperbaiki ialah kestabilan, bukan aksi tidak menentu.
"Ia adalah satu situasi yang perlu kami perbaiki. Saya ulangi, ia juga penting untuk mempunyai sebuah pasukan berpengalaman dan bijak menguruskan permainan.
"Sayang kerana anak buah saya telah mencurahkan aksi 120 peratus. Ia satu usaha yang maksimum, saya tidak boleh katakan bahawa saya tidak nampak komitmen yang tepat. Saya sudah nampak komitmen maksimum.
"Atas sebab ini, kami perlu cuba mengelak kekalahan seperti ini. Kami mampu melakukannya terutama apabila anda mendahului 2-1 dalam sisa 15 minit. Ia boleh berlaku, kami perlu mengutip pengalaman ini dan cuba bertambah baik."