Skip to main content

Bola Sepak

Torres gembira kekal setahun lagi di Atletico

fernando-torres-060717.jpg
Fernando Torres memeterai kontrak lanjutan selama setahun lagi bersama Atletico Madrid untuk terus bersama kelab itu sehingga musim 2018.

Bekas penggempur Sepanyol itu berada di kelab yang mengggilap bakatnya buat kali kedua, selepas tiba dari AC Milan pada Januari 2015. 

Secara keseluruhan, pemain berusia 33 tahun itu meledak 105 gol buat Atletico, termasuk 28 jaringan di bawah kendalian Diego Simeone. 

Pada ketika ini, Torres lebih kerap digunakan sebagai watak gantian kepada Antoine Griezmann dan Kevin Gameiro dan akan memainkan peranan sokongan buat Simeone, dengan Atletico dikenakan penggantungan mengikat mana-mana pemain pada jendela perpindahan musim panas ini. 

"Saya sangat gembira dapat terus bersama-sama kelab ini untuk tempoh setahun lagi," kata Torres dalam satu kenyataan ringkas di laman sesawang kelab itu. 

Alexandre Lacazette kerap dikaitkan ke Atletico sebelum Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) mengekalkan hukuman itu, sebelum penyerang dari Perancis itu menjadi pemain termahal buat Arsenal. 
 

Advertisement

Must Watch Video