Skip to main content

Bola Sepak

Tonggak Brazil pilih Newcastle United

bruno-guimaraes.jpg
Newcastle United menandatangani pemain tengah antarabangsa Brazil, Bruno Guimaraes, daripada Lyon dengan bayaran yang dilaporkan boleh mencecah bayaran termahal kelab itu. 

Guimaraes bersetuju memeterai kontrak selama empat setengah tahun di St James' Park itu yang boleh mencecah £41.6 juta (RM233.6j) sebaik lulus ujian perubatan sewaktu menjalani tugasan antarabangsa ketika ini. 

Newcastle mencapai penghujung jendela perpindahan pertama mereka di bawah pemilikan baru dan walaupun disokong oleh pemilik terkaya menerusi konsortium yang diketuai oleh Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, pasukan asuhan Eddie Howe tersebut masih bergelut dengan persembahan yang mengecewakan sepanjang bulan ini.

Newcastle kini di tangga ke-18 Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk dibezakan satu mata dengan zon selamat, justeru pemilik baru itu sedia melabur bagi mengelak daripada terjerumus ke dalam masalah yang lebih besar. 

Kieran Trippier sudah dipancing daripada Atletico Madrid tetapi usaha untuk mendapatkan pertahanan tengah masih giat dijalankan selepas pemain Lille, Sven Botman, mahupun tonggak Sevilla, Diego Carlos, tidak bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan. 

Walaupun kehadiran Chris Wood bakal menambah sengat di bahagian hadapan, usaha saat akhir Newcastle dalam jendela perpindahan musim sejuk ini masih dipantau rapi. 



Advertisement

Must Watch Video