Skip to main content

Bola Sepak

TMJ Junior bergaya rangkul trofi di Johor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Kelincahan Raja Muda Johor (RMJ), Tunku Iskandar Tunku Ismail, bermain bola sepak mencuri perhatian ramai apabila membantu Johor Cubs meraih kejuaraan Johor School Cup Tournament, hujung minggu lalu. 

Anakanda kepada Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, itu menyumbat dua jaringan peribadi untuk pasukannya bergelar juara di Kolej Marlborough Malaysia, Iskandar Puteri Johor.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) merangkap Pemangku Sultan Johor itu turun menyaksikan perlawanan itu dan memberikan sokongan kepada anaknya.

 

Untuk rekod, kejohanan itu membabitkan empat kategori iaitu bawah 11 tahun (B-11), B-13, B-15 dan B-18 dan menerima penyertaan daripada sekolah dan kelab bola sepak sekitar negeri itu.
 
Football

Latih Macam Juara

Sama seperti TMJ Junior yang raih trofi, Adidas football ni bantu asah skil di padang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video