BOLA SEPAK MSIA
Tiga tonggak B-23 antara pilihan Kim Pan-gon
Tiga tonggak Selangor FC yang membarisi skuad B-23 negara iaitu Aliff Izwan Yuslan, Harith Haikal dan Zikri Khalili berpeluang mencuri perhatian ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon.
Mereka antara 33 tonggak yang disenaraikan untuk ke kem latihan pusat pada Jumaat depan bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia bertemu Oman pada 21 dan 26 Mac ini.
Rakan sepasukannya, Haqimi Rosli, Alif Izwan, Mukhairi Ajmal Mahadi dan T. Ruventhiran yang merupakan antara nadi yang akan memacu skuad kendalian Juan Torres Gariddo menjelang pusingan akhir Piala Asia Qatar B-23 pada April depan turut tersenarai.
Must-Watch Video