Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Tiga pasukan Liga Super masih tanpa ketua jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liga-super.jpg
Berbaki lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum sepak mula saingan Liga Super 2024/2025, ada pasukan yang masih belum mengumumkan ketua jurulatih mereka.

PDRM, Negeri Sembilan dan Kelantan Darul Naim merupakan tiga buah pasukan yang belum memuktamadkan individu yang bakal mengendalikan pasukan musim ini.

Difahamkan, pihak pengurusan PDRM kini sedang mempertimbangkan dua calon utama iaitu mengekalkan pengendali musim lalu, Datuk Yunus Alif selain bekas pengendali PJ City, P. Maniam.

Negeri Sembilan pula dikatakan hanya menanti masa untuk mengumumkan ketua jurulatih mereka apabila Azzmi Aziz muncul calon paling hangat dikaitkan bakal bimbing skuad Jang musim ini.

Sementara bagi Kelantan Darul Naim pula, pihak pengurusan sudah mempunyai senarai pendek pengendali membabitkan seorang calon tempatan serta dua calon jurulatih asing.

Segala keputusan dijangka akan diumumkan kepada peminat pasukan masing-masing pada April.

Advertisement

Must Watch Video