Biarpun hanya 17,142 penonton didaftarkan menghadiri aksi Harimau Malaya lawan Kyrgyzstan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, tapi auranya cukup kuat untuk mendorong skuad negara bangkit meraih kemenangan penuh dramatik.
Saya antara yang berada di bangku grandstand ketika menyaksikan momen bersejarah dilakar pasukan bimbingan Kim Pan-gon itu.
Ia bukanlah kehadiran yang memberangsangkan dicatatkan penyokong tetapi 'gegak-gempitanya' tetap meremangkan bulu roma setiap yang hadir.
Stadium bagaikan mahu runtuh sebaik Dion Cools menyamakan kedudukan buat skuad negara dan gemanya meningkat dua kali ganda sebaik Faisal Halim menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir.
Biarpun saya pada awalnya pesimis dengan melihat deretan bangku kosong di hadapan saya, perlawanan kali ini jelas membekas di hati saya melihat bagaimana sorakan penyokong -- biarpun tidak ramai -- mampu menyalurkan tenaga luar biasa kepada setiap pemain negara untuk menidakkan kekalahan dengan semangat tanpa mengaku kalah.
Mana tidaknya, perlawanan kali ini penuh dengan turun naik yang meruntun emosi sejak dari awal sehingga ke akhir.
"Kali ni mesti kalah!" detik hati saya ketika gawang Malaysia dirobek sebanyak dua kali dalam tempoh tiga minit terakhir babak pertama.
Tetapi saya mula malu dengan sangkaan saya itu dalam babak kedua apabila penyokong lain tidak henti-henti memberikan sorakan semangat sehinggalah jaringan penyamaan diperoleh dan seterusnya melakarkan kemenangan dramatik.
"What a comeback!" perlawanan kali ini tak mungkin saya lupakan...
P.s: 17,000 menang 3-2 tapi 65,000 kalah 1-5 =p