Giuseppe Marotta mendedahkan tiada tawaran konkrit daripada Chelsea dan AC Milan untuk memancing Gonzalo Higuain meskipun ketua eksekutif Juventus itu mengakui penggempur berkenaan boleh dijual susulan ketibaan Cristiano Ronaldo.
Higuain dikaitkan untuk bersatu semula dengan bekas pengurus Napoli, Maurizio Sarri, dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea.
Malah, pemain antarabangsa Argentina itu juga disebut-sebut akan terlibat dalam perjanjian pertukaran pemain dengan pertahanan AC Milan, Leonardo Bonucci.
Marotta mendedahkan juara Serie A itu sedang menimbangkan pilihan mereka berikutan ketibaan pemain berprofil tinggi, Ronaldo, dari Real Madrid, sekali gus meninggalkan Juve dengan lambakan penyerang.
"Saya tidak akan menafikan bahawa dengan kehadiran Cristiano Ronaldo, kami mempunyai senarai penyerang berkualiti yang agak ramai," kata Marotta kepada Sky Italia.
"Kami akan menilai perkara berhubung Higuain tetapi tiada tawaran konkrit daripada Chelsea dan Milan."
Higuain tiba dari seteru Serie A, Napoli, dengan yuran €90 juta (RM426.1j) pada 2016 dan pemain berusia 30 tahun itu telah membantu Juve untuk mengekalkan gelaran Serie A dan Coppa Italia.