Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino, berpendapat Harry Kane tiada sebab untuk meninggalkan kelab itu hujung musim ini.
Kane mendahului senarai penjaring terbanyak setelah meledak empat gol dalam kemenangan 6-1 ke atas Leicester City di Stadium King Power, awal pagi tadi.
Pemain antarbangsa England itu kini dalam perjalanan untuk mengutip anugerah Kasut Emas buat kali kedua berturut-turut.
Kane turut menjadi pemain kelima sejak permulaan era Liga Perdana Inggeris untuk melakar lebih 25 gol dalam dua musim berturut-turut, sekaligus mengikut jejak Robbie Fowler, Thiery Henry, Alan Shearer dan Robin van Persie.
Timbul spekulasi bahawa Kane mungkin terdorong untuk berhijrah apabila jendela perpindahan dibuka, dengan Manchester United antara kelab yang berminat mendapatkan pemain itu.
Namun, Pochettino berkata Spurs sedang membina projek besar yang akan memanfaatkan pemain tonggak pasukan itu.
"Harry (Kane) sangat menakjubkan musim ini. Sekali lagi dia mengejar status penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris," dia memberitahu Sky Sports.
"Apa lagi yang boleh kita perkatakan mengenainya? Dia antara pemain penyerang terbaik dunia. Kini dia hanya perlu fokus menamatkan musim ini dengan cara terbaik sementara menanti ketibaan musim depan.
"Sudah beberapa kali saya katakan, sudah tentu kami mahu pemain terbaik kekal bersama pasukan ini dan mungkin menjual pemain yang kami mahukan.
"Seperti setiap musim, apa sahaja boleh berlaku. Tetapi kami kekal tenang tentang pemain utama kami kerana mereka gembira di sini.
"Kami sedang membina projek yang besar. Tiada sebab untuk pemain seperti Harry meninggalkan kami.
"Pasukan ini bekerja keras dalam tempoh tiga musim ini untuk bermain dengan satu prinsip.
"Kami perlu meningkatkan lagi permainan musim depan dan musim selepas itu bukan hanya untuk mengekalkan persembahan konsisten tetapi juga untuk meraih trofi. Pasukan ini layak memenangi sesuatu."
Kemenangan Spurs -- kemenangan terbesar di tempat lawan dalam saingan liga sejak April 1989 -- meletakkan mereka kini dengan 83 mata, dua mata melebihi Leicester ketika lawan itu muncul juara liga setahun yang lalu.
"Saya gembira dengan persembahan dan perwatakan pemain. Satu-satunya cara untuk memperbaiki mentaliti pemain adalah untuk beraksi sebegini," ujar Pochettino.