Skip to main content

Bola Sepak

Tiada pemain lebih besar daripada kelab -- Figo

22617ronaldo1.jpg
Luis Figo menegaskan bahawa "tiada siapa yang tidak boleh diketepikan" di kala spekulasi rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo, di ambang meninggalkan Real Madrid.

Ronaldo masih belum memberikan sebarang ulasan mengenai masa depannya selepas berhasrat untuk meninggalkan Santiago Bernabeu, minggu lalu.

Ronaldo membuat keputusan tersebut selepas dia didakwa terlibat dengan kes penipuan cukai yang bernilai EURO14.7 juta (RM70.4 juta).

Bekas kelabnya, Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) telah dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan pemain berusia 32 tahun itu.

Presiden Real, Florentino Perez, menegaskan bahawa mereka tidak memiliki sebarang perancangan untuk menjual Ronaldo tetapi Figo menyatakan bahawa tiada pemain atau pegawai eksekutif yang lebih besar daripada kelab.

"Saya berpendapat tiada siapa yang tidak boleh diketepikan, bukan hanya Ronaldo," kata Figo.

"Kelab tidak boleh bergantung kepada sesiapa. Sejarah kelab ini telah menyaksikan ia lebih besar daripada sesiapa, termasuk presiden sekalipun.

Di sebalik yakin bahawa Real mampu menghadapi musim akan datang tanpa Ronaldo, Figo tidak percaya bahawa pemenang Ballon d'Or 2016 dan juga pemain pilihan untuk dinobat sekali lagi itu akan meninggalkan Santiago Bernabeu.

"Banyak perkara yang akan berlaku kepada Ronaldo jika dia mengambil keputusan untuk berhijrah."

Ronaldo kini bersama Portugal bagi menghadapi saingan Piala Konfederasi dan menjaringkan gol tunggal ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Russia di Moscow, semalam.
 

Advertisement

Must Watch Video