Mason Greenwood dahulunya dijulang sebagai pemain muda berbakat besar dan bakal menjadi pelapis buat masa depan Manchester United serta pasukan kebangsaan England.
Namun, segala-galanya berubah dalam sekelip mata pada Januari 2022, sewaktu dia ditahan polis kerana disyaki melakukan jenayah rogol dan kekasaran terhadap seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.
Bermula dari detik itu, Greenwood diketepikan daripada barisan pemain United dan kehilangan segala tajaan komersial -- dia bagaikan seorang penjenayah yang menanti waktu untuk dijatuhkan hukuman.
Mengejutkan sekali, pada bulan Februari tahun ini, kesnya digugurkan atas alasan pihak saksi menarik segala dakwaan serta kemunculan bukti-bukti baru.
Biarpun bebas secara rasmi, nama dan reputasinya telah tercemar teruk dan enggan diterima baik oleh keseluruhan lapisan masyarakat sama ada di England mahupun di mata seluruh dunia yang mengikuti berita tentangnya.
Tidak kurang mengejutkan, sejak beberapa bulan yang lepas, United dikhabarkan mempertimbangkan kemungkinan untuk menyerapkan semula Greenwood, seolah-olah segala dakwaan terhadapnya tidak pernah berlaku.
Rasional di sebalik keputusan penuh kontroversi itu tidak dapat dipastikan tetapi pihak United kelihatan seolah-olah sanggup untuk menanggung segala tanggapan negatif dan cemuhan berat semua pihak semata-mata demi seorang pemain.
Laporan eksklusif The Athletic minggu lalu mendedahkan United telah menyiapkan satu rancangan penuh teliti melibatkan penyerapan semula Greenwood yang merangkumi imej positif untuk ditonjolkan sewaktu pemain itu beraksi dalam sesi latihan serta jawapan-jawapan yang harus pengurus, Erik Ten Hag, gunakan sewaktu berhadapan dengan soalan tajam daripada pihak media.
Pendedahan itu mengakibatkan keresahan dan ketidakpuasan hati pihak penyokong yang tidak segan untuk meluahkan perasaan menerusi media sosial serta kiriman surat rasmi kepada pelbagai saluran yang berkaitan.

Kesan daripada kemarahan itu akhirnya membuatkan United membuat pusingan U dan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Greenwood tidak akan kembali bersama kelab dan bakal berpindah ke destinasi lain.
Jika United fikir kenyataan itu sudah cukup untuk memadamkan segala kontroversi, mereka nyata salah.
Legenda mereka, Gary Neville, menghentam sekeras-kerasnya cara United menangani isu Greenwood ini dengan mengatakan bahawa situasi yang rumit sebegini mendambakan kepimpinan yang tegas tetapi tokoh mahupun sifat kepimpinan itu sendiri tidak wujud dalam struktur kelab sekarang.
Isu melibatkan penderaan rumah tangga serta keganasan terhadap wanita seharusnya ditangani oleh badan bebas tetapi dalam kes ini, United seolah-olah hendak memainkan peranan hakim, juri serta pelaksana hukuman serentak, maka timbullah kesangsian sama ada mereka benar-benar mementingkan sentimen pihak yang menyokong mereka ataupun hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, ujar Neville lagi.
Hos televisyen popular Sky Sports, Rachel Riley, mengumumkan dia akan berhenti menyokong United selama-lamanya jika pihak kelab menyerapkan Greenwood semula dan menuduh United cuba untuk memperkecilkan jenayah yang dilakukan pemain itu serta mahu memanipulasi penyokong untuk berfikir bahawa segala yang berlaku bukanlah satu kesalahan besar.
Begitu banyak sekali cemuhan dan kritikan lain dilemparkan, maka kita berbalik semula kepada soalan asal – apa yang United fikirkan sebenarnya?
Dengan begitu banyak contoh kecemerkapan dalam pengurusan kelab sejak bertahun-tahun lalu, tidak hairanlah penyokong semakin lama semakin kecewa dan jemu dengan drama yang disajikan.
Semoga kisah Greenwood ini menjadi satu contoh bagaimana sesebuah kelab boleh meranapkan segala imej positif serta keyakinan apabila ketelusan dan sifat bertanggungjawab tidak wujud dalam pengendaliannya.