Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Satu lagi trofi tinggalkan Arsenal musim ini

Piala FA: Satu lagi trofi tinggalkan Arsenal musim ini

Southampton melakar kejutan apabila menewaskan Arsenal 2-1 dalam aksi suku akhir Piala FA di St Mary's, awal pagi tadi.

Pasukan Liga Kejuaraan itu mendahului menerusi Ross Stewart pada minit ke-35, namun Viktor Gyokeres menyamakan kedudukan buat Arsenal pada pertengahan babak kedua untuk menghidupkan harapan pasukan pelawat.

Advertisement

Ketika Arsenal dilihat lebih berpotensi mencipta kemenangan, Southampton melancarkan serangan balas pantas sebelum Tom Fellows menghantar bola kepada Shea Charles yang tenang menewaskan penjaga gol Kepa Arrizabalaga.

Kemenangan itu menyaksikan Southampton mara ke separuh akhir bersama Manchester City dan Chelsea, manakala satu lagi slot bakal ditentukan menerusi pertembungan West Ham United menentang Leeds United.

 

Must Watch Video