Skip to main content

Bola Sepak

Challenge Cup: Sabah ikat Penang di saat akhir dalam aksi final pertama

Challenge Cup: Sabah ikat Penang di saat akhir dalam aksi final pertama

Penang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 di laman sendiri ketika pertembungan final pertama Challenge Cup bertemu Sabah di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sebentar tadi.

Penang dan Sabah masing-masing mempamerkan permulaan permainan dengan rentak yang cukup baik, memburu gol pembukaan dalam perlawanan final pertama ini.

Advertisement

Percubaan bahaya Tchéché Kipré hampir menerjah gawang namun rembatannya tersasar jauh daripada gawang pasukan Sabah.

Ketika Penang mengasak kubu Sabah, The Rhinos menggunakan peluang menerusi corak serangan balas melalui Ondong Mba, tetapi percubaannya juga gagal menemui sasaran ke arah gawang Harimau Kumbang.

Separuh masa pertama akhirnya melabuhkan tirai dengan keputusan 0-0, menyaksikan kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan.

Sabah dilihat meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol penyamaan aksi dalam separuh masa kedua.

Namun, pelawat yang berjaya membuka jaringan pada minit ke-70 menerusi Dylan Wenzel-Halls sekali gus memberikan keceriaan kepada ribuan penyokong sendiri di Bandaraya.

Ketika permainan hampir tamat, Sabah memastikan kedua-dua pasukan akan terus berentap dalam aksi final kedua susulan berjaya meraih gol pada masa kecederaan separuh masa kedua hasil sepakan penalti Gabriel Peres selepas pemain The Rhinos dikasari dalam kawasan kotak penalti Penang.

Aksi di Stadium Bandaraya terikat seri 1-1 bagi kedua-dua pasukan.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu semula dalam aksi kedua final Challenge Cup 2025-26 di Stadium Likas, Sabah pada 19 April ini.
 

Must Watch Video