Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool terkulai layu dibelasah Manchester City

Liverpool terkulai layu dibelasah Manchester City

Manchester City mengesahkan kemaraan ke separuh akhir The Emirates FA Cup dengan membelasah Liverpool di Stadium Etihad.

Selepas menjuarai Piala Liga, City mahu terus meneruskan rentak cemerlang untuk memburu satu lagi gelaran musim ini sementara Liverpool mahu bangkit daripada kekalahan kepada Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum rehat antarabangsa.

Advertisement

The Reds kelihatan mempamerkan permulaan yang cemerlang, menguasai permainan dan hampir membuka jaringan seawal minit ke-27 menerusi percubaasn Hugo Ekitike namun gagal membuahkan hasil.

City diberikan sepakan penalti pada minit ke-39 selepas Nico O’Reilly dijatuhkan Virgil van Dijk. Haaland tenang menewaskan Giorgi Mamardashvili untuk gol pendahuluan tuan rumah.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Haland menggandakan kelebihan City dengan menanduk hantaran Antoine Semenyo.

Kelebihan jaringan itu ternyata terus menyuntik semangat City, mereka menambah bilangan jaringan pada minit ke-50 menerusi Semenyo,

Kepedihan luka Liverpool berterusan apabila Haaland mencipta hatrik sembilan minit selepas itu. Penyerang berbisa Norway itu mudah menyempurnakan hantaran O’Reilly,

Jurulatih Liverpool, Arne Slot memasukkan Alexis MacAllister, Rio Ngumoha dan Cody Gakpo dengan harapan dapat mengurangkan defisit gol.

Bagaimanapun, usaha tersebut tidak berhasil dan keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini dijangka menambah tekanan kepada Slot berhubung masa depannya bersama Liverpool.

Selepas ini, City akan menentang Chelsea pada 12 April. Liverpool pula akan menentang Paris Saint-Germain (PSG) untuk aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada 9 April.

Must Watch Video