Skip to main content

Bola Sepak

RM500,000 untuk Piala Jubli Perak Sultan Selangor, 48 sekolah rebut trofi istimewa

RM500,000 untuk Piala Jubli Perak Sultan Selangor, 48 sekolah rebut trofi istimewa

Sebanyak RM500,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjayakan Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kejohanan bawah 15 tahun itu bakal menghimpunkan 48 sekolah yang akan bersaing menggunakan format seperti Piala Dunia, bermula 22 September hingga 31 Oktober di Stadium MBPJ.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Emran Kadir, berkata setiap sekolah turut menerima bantuan awal sebanyak RM1,200 bagi membantu membuat persiapan sebelum kejohanan bermula.

Lebih istimewa, trofi utama kejohanan merupakan piala khas yang disumbangkan Sultan Selangor.

Selepas pertandingan akhir, trofi berkenaan akan berada di sekolah juara untuk tempoh tertentu sebelum ditempatkan di Galeri Bola Sepak Tuanku di Istana Alam Shah, Klang.

“RM500,000 tajaan daripada kerajaan negeri, namun kami ada backup RM130,000 daripada anak syarikat PNSB. Untuk makluman Piala Jubli Perak adalah sesuatu yang khas.”

Selain trofi utama, piala iringan yang mempunyai reka bentuk sama turut disediakan untuk disimpan oleh pasukan yang muncul juara.

Kejohanan itu bukan sekadar menawarkan persaingan untuk merebut trofi, malah menjadi platform penting dalam usaha Selangor mengenal pasti bakat muda.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, berharap penganjuran berkenaan membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi.

“Dari satu sudut ini adalah pertandingan dan juga masa depan bola sepak Selangor.”

Dia berkata Selangor mempunyai banyak bakat yang berpotensi untuk diketengahkan, termasuk bagi diserap ke program pembangunan negeri dan pasukan yang beraksi di peringkat lebih tinggi.

“Bakat memang banyak dan kita mahu melihat pemain terbaik untuk diserap seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan sebagainya.”

Dengan 48 sekolah bersaing dalam format ala Piala Dunia, Piala Jubli Perak bukan sekadar medan mencari juara — tetapi berpotensi menjadi kilang bakat baharu bola sepak Selangor.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement