Skip to main content

Bola Sepak

Tiada masalah dalam jentera serangan Pahang -- Sumareh

sumareh7218.jpg
Pemain tengah Pahang, Mohamadou Sumareh, tidak melihat gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan M. Kogileswaran Raj dalam jentera serangan sebagai satu kekurangan buat skuad Tok Gajah walaupun tanpa kelibat penyerang import bagi menghadapi PKNS FC, malam ini.

Pahang dijangka merehatkan penyerang dari Argentina, Sergio Ezequiel Unrein, sekali lagi apabila pemain itu masih belum 100 peratus cergas untuk beraksi.

Justeru, kelincahan Sumareh di sayap kanan menjadi senjata penting buat Pahang membantu Norshahrul dan Kogileswaran ketika menggempur kubu PKNS.

"Norshahrul masih baik dan mempamerkan aksi yang berkualiti tetapi ia lebih mudah dengan adanya penyerang import seperti saya yang bergandingan dengannya.

"Secara keseluruhan, semua bermain baik. Ia tidak bergantung kepada saya tetapi kepada semua pemain. Kami bermain secara berpasukan," katanya.

Sementara itu, Sumareh turut memberikan bayangan akan setia selamanya bersama Pahang.

Walaupun baru berusia 24 tahun, dia sudah menyatakan hasratnya beraksi hingga penghujung kariernya di sana kerana selesa bekerja bersama Dollah Salleh dan suasana di Pahang.

"Saya berterima kasih kepada Dollah kerana mempercayai saya dan saya fikir Pahang adalah pilihan yang baik. Saya gembira berada di sini. Apabila gembira, kita bermain dengan lebih baik kan?" katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video