Bekas pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari, tidak nampak keperluan untuk pasukan itu kembali bermain di Stadium Shah Alam.
Baginya, berdasarkan kehadiran penyokong di Stadium Selayang, dia berasakan stadium itu ada kemampuan menampung apa yang diperlukan persatuan negeri itu.
"Rekod kedatangan penonton dalam perlawanan terakhir berdepan T-Team adalah 2,885 orang daripada kapasiti stadium 15,000. Jadi jika mahu dibandingkan dengan kapasiti 80,000 di Shah Alam saya tidak rasa ada keperluan untuk menggunakan stadium itu," tambahnya.
Sementara itu, Amirudin, yang ditemui ketika melawat Stadium Shah Alam hari ini bagi meninjau kerosakan bumbung selepas dilanda ribut ketika aksi persahabatan skuad bawah 22 tahun di antara Malaysia dan Myanmar malam tadi, menjelaskan anggaran kos pembaikan bakal mencecah RM500,000.
"Saya anggarkan lebih daripada 1,000 keping perlu ditukar. Kos setiap keping setakat ini hanya RM200 hingga RM300 tetapi kos pemasangan sahaja bagi satu keping mampu mencecah RM1,000," jelasnya.
Amirudin turut berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia memberi sedikit bantuan memandangkan Stadium Shah Alam bakal menjadi gelanggang rasmi untuk aksi bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
"Kami berharap pihak KBS ada perkiraan untuk memastikan bahagian bumbung dibetulkan. Walaupun semalam bumbung yang pecah adalah di bahagian penonton, yang paling penting adalah memastikan ia tidak menjejaskan lampu limpah yang baru saja dinaik taraf," tambahnya.