Skip to main content

Bola Sepak

Thiago kekal rendah diri

thiago-augusto-030717.jpg
Penyerang import Felda United, Thiago Augusto Fernandes, tidak menganggap dirinya sebagai wira walaupun berjaya membantu The Fighters menundukkan Pahang 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dalam aksi Liga Super, kelmarin.

Thiago melakukan penampilan sulung selepas kembali menyertai The Fighters ketika jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia, Jun lalu.

Aksinya ditagih untuk membantu pasukan bangkit dalam baki perlawanan dan penyerang dari Brazil itu tidak menunggu lama untuk membuka menjaringkan gol pertama musim ini.

"Kkami telah melakukan persediaan untuk perlawanan dan gembira dengan keputusan ini," ujarnya.

Biarpun terlepas beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan, dia berjaya menyumbat satu gol menerusi sepakan penalti dan jaringan tersebut menjadi gol kemenangan buat Felda.

Thiago juga mengakui memerlukan masa untuk membentuk gandingan mantap bersama pasangannya di barisan depan The Fighters, Ifedayo Omosuyi.

"Omosuyi adalah pemain yang bagus dan rajin.

"Mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri tetapi saya yakin kami dapat membina persefahaman," tambahnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video