Skip to main content

Bola Sepak

Thanabalan sedia robek Thailand

n-thanabalan-210717.jpg
Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, N. Thanabalan, mahu mengulangi aksi cemerlangnya untuk membantu pasukan melakar keputusan positif berdepan Thailand dalam perlawanan kedua kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23), malam ini. 

Thanabalan adalah antara beberapa pemain skuad muda negara yang berjaya menyerlahkan aksi konsiste, ketika ini. 

Selepas meraih jaringan untuk menewaskan Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan, 13 Julai lalu, Thanabalan turut membantu kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dalam aksi pertama kelayakan AFC, kelmarin. 

Thabalan mengakui dirinya semakin bernafsu untuk menghasilkan gol dan berharap ia mampu diulangi dalam aksi getir bertemu Thailand. 

"Saya mempunyai keyakinan untuk berdepan Thailand. Kalau mempunyai peluang, saya pasti akan membuat jaringan. 

"Berdepan lawan seperti Thailand, adalah penting untuk mempunyai semangat seperti itu. 

"Dalam dua perlawanan terakhir bertemu Myanmar dan Indonesia, kami bersemangat tinggi sebagai sebuah pasukan. 

"Kalau semangat itu berterusan, kami akan mencatat kemenangan atau sekurang-kurangnya seri ketika bertemu Thailand," katanya. 

Selepas menjadi taruhan sebagai trio serangan bertemu skuad muda Garuda, pemain kelahiran Seremban berusia 22 tahun itu dijangka kembali ke posisi sayap. 

Ini susulan kecederaan yang dialami penyerang, Syafiq Ahmad, yang memaksa pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee, mengubah pendekatan taktikalnya. 

Skuad negara memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri dengan Thailand untuk memastikan kedudukan selesa bagi melepasi halangan kempen kelayakan. 

 

Advertisement

Must Watch Video