Jurgen Klopp gembira di atas kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Manchester City di Anfield tetapi berniat membuat skuad kendalian Pep Guardiola itu berang menjelang aksi timbal balik Liga Juara-Juara (UCL), minggu depan.
Liverpool menjadi satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan bakal juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu musim ini selepas mereka meraih kemenangan 4-3 dan sekali lagi mengulangi kejayaan itu.
Jaringan Mohamed Salah yang ke-38 musim ini meletakkan Liverpool di depan sebelum Alex Oxlade-Chamberlain melepaskan rembatan dari luar kotak penalti.
Sadio Mane menjadikan kedudukan 3-0 dalam tempoh 30 minit waktu perlawanan tetapi Klopp tidak tergugat ketika sesi sidang media pra-perlawanan yang menyifatkan Ciy sebagai pasukan terbaik dunia.
"Kami menewaskan pasukan terbaik di dunia, ia merupakan satu persembahan yang terbaik," kata Klopp.
"Saya tidak pernah berfikir seperti itu. Saya tidak pernah anggap kami sebahagian daripada pasukan terbaik dunia tetapi saya sedia mengetahui cara yang terbaik untuk menewaskan mereka. Kemenangan ini amat sukar diraih kerana mereka sangat berkualiti."