Skip to main content

Bola Sepak

Tewaskan Melaka jadi tonik baru -- Zainal

zainal-abidin-hassan-160717.jpg
Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, mahu menjadikan kemenangan ke atas Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat, malam tadi, sebagai titik kebangkitan pasukannya dalam cabaran untuk mengelak daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana, musim depan.

Kemenangan 3-2 Pulau Pinang ke atas MU menghidupkan peluang tipis skuad Harimau Kumbang untuk mengekalkan cabaran dalam Liga Super.

Jaringan daripada Faiz Subri, Mark Hartmann serta S. Kumaahran memastikan tiga mata penuh berjaya dibawa pulang Pulau Pinang.

Walaupun kedudukan dalam liga masih belum berubah, perbezaan mata kini berjaya dirapatkan Pulau Pinang berbanding MU, PKNS FC serta Sarawak dan Zainal mahu anak buahnya meneruskan rentak itu kerana yakin pasukan lain turut bergelut untuk memperoleh mata.

"Kemenangan ini menjadi pembakar semangat buat Pulau Pinang.

"Ini adalah cabaran baru selepas mengendalikan pasukan yang berada di carta atas sebelum ini," kata Zainal.

Sementara itu, pengendali MU, Eduardo Almeida, mengakui masih wujud beberapa kelemahan dalam pasukannya sehingga gagal meraih mata penuh di laman sendiri.

Dua jaringan yang diperoleh menerusi Marko Simic melalui sepakan penalti jelas tidak menjanjikan kemenangan selepas benteng pertahanan mudah dibolosi lawan.

Justeru, Almeida ingin memastikan perkara itu tidak lagi berulang, apatah lagi MU masih mempunyai kempen Piala Malaysia untuk diharungi.

"Sekarang saya hanya mahu mengatasi sebarang kelemahan.

"Apa yang bagus akan kekal dan apa yang lemah saya akan perbaiki," ujar Almeida.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video