Pertahanan Barcelona, Gerrard Pique, membidas pengadil perlawanan selepas menyaksikan pasukannya tewas 2-1 kepada Athletic Bilbao dalam saingan Piala Raja Sepanyol.
Jaringan pada babak pertama oleh Aritz Aduriz dan Inaki Willimas sudah cukup membawa bekalan dua gol ke Camp Nou, namun perlu meneruskan aksi timbal balik tanpa khidtmat Ituraspe dan Raul Garcia.
Bagaimanapun, Barca telah dinafikan sepakan penalti oleh pengadil, Fernandez Borbalan, meskipun ulang tayang menunjukkan sebaliknya.
Pique jelas berang dengan keadaan itu, apatah lagi berpendapat Barca sepatutnya dianugerahkan dua sepakan penalti.
"Pada saya, kami sepatutnya dianugerahkan sepakan penalti."
Mengharapkan kemajuan daripada mutu pengadilan, Pique berkata: "Kami mahu bermain bola sepak, namun bukannya mengharapkan pengadil."
Lionel Messi berjaya mengembalikan maruah Barcelona dengan gol penting bagi memastikan pasukannya berpeluang membenam Bilbao dalam aksi timbal balik.
Pique turut yakin akan peluang Barcelona untuk mara ke peringkat suku akhir.
"Saya berharap pertembungan di Camp Nou akan menjadi satu pertarungan hebat."