Skip to main content

Bola Sepak

Terlalu mudah, datang pergi begitu sahaja -- Pemain Perak ingatkan tanggungjawab segelintir pihak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azfar.jpg
Sekadar mampu menerima. Terlalu mudah ...

Pemain tengah Perak, Nur Azfar Fikri Azhar, meluahkan kekecewaannya apabila penutupan pasukan itu menjadi solusi selepas menghadapi isu dalaman yang berpanjangan.

Begitupun, pemain berusia 25 tahun itu tetap mengharapkan keajaiban untuk mana-mana pihak yang mampu memastikan The Bos Gaurus kekal wujud dan tidak lenyap daripada kancah bola sepak negara.

"Sebagai pemain, saya berharap supaya pasukan ini tidak tutup kerana Perak merupakan antara skuad gah dalam Liga Super.

"Saya harap ada pihak tertentu mengambil alih atau berunding supaya meneruskan perjuangan.

 

"Kalau anda buat keputusan untuk menerajui pasukan itu tetapi pada akhirnya tidak boleh teruskan dan ingin tutup begitu sahaja memamg tak boleh diterima.

"Kalau satu pihak dah buat, pihak lain akan buat perkara sama.

"Nampak sangat mudah. Hanya boleh langsaikan 20 peratus gaji sahaja dan mahu tutup. 

"Tidak boleh begitu.

"Saya harap tiada pihak yang mahu mengambil kesempatan dalam bola sepak," katanya di Nadi Arena.  

Sementara itu, Azfar juga berkongsi bahawa dia sedang dalam proses perbincangan bersama beberapa pasukan untuk meneruskan kelansungan karier dan beraksi dalam Liga Super musim depan.

Advertisement

Must Watch Video