Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter de Roo, tidak menganggap perjalanan Pelan F:30 sebagai gagal ketika ada perubahan daripada segi prestasi pemain yang telah ditonjolkan.
Skuad senior negara gagal berada dalam kelompok 34 terbaik Asia dan turut mengikut jejak kegagalan ialah skuad B-22 negara yang dikecewakan daripada ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2020.
Jika dilihat pada mata kasar ,ia bukan petanda yang baik, namun de Roo pantas menafikannya.
"Kita perlu melihat (keberkesanan) Pelan F:30 dalam jangka masa lebih panjang.
"Kalau kita asyik menilai keberkesanan pelan ini berdasarkan keputusan semata-mata, kita mungkin hilang hala tujunya dan ia berbahaya," katanya.
Tegas bekas pemain bola sepak kelahiran Belanda itu, adalah tidak adil untuk menilai keberkesanan Pelan F:30 hanya selepas beberapa bulan ia dilancarkan.
"Memang menjadi adat tugasan kami dinilai melalui keputusan tetapi kami perlulah sentiasa memastikan adakah kita meniti laluan yang tepat dan sudah tentu kami mahukan kemenangan.
"Namun, usahlah menganggap keputusan yang dicapai dalam kempen kali ini adalah mengarut dan segalanya dianggap gagal," tambahnya.
Apa yang penting, ada perubahan daripada segi prestasi pemain dan sasaran seterusnya adalah menjuarai Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan dan dua edisi Piala AFF masih relevan untuk memastikan laluan ke Piala Asia 2023.