Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: PSG sahkan Neymar patah kaki

neymar_86hc91fcdqzo1aadxhs2epxja.jpg
Neymar dalam keraguan besar untuk bersama Paris Saint-Germain (PSG) menentang Real Madrid dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Parc des Princes, 7 Mac ini, selepas patah kaki.

Pemain kelahiran Brazil itu mendapat kecederaan tersebut selepas diasak Bouna Sarr ketika PSG meraih kemenangan 3-0 menentang Olympique de Marseille di laman sendiri, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Sarr berkata dia tidak bersalah kerana insiden itu tidak disengajakan ketika masing-masing berebut bola.

Penyerang itu mengerang kesakitan di pergelangan kakinya dan mengalirkan air mata ketika diusung keluar.

Advertisement

Must Watch Video