Keputusan sama ada skuad Sri Pahang menarik diri atau kekal dalam saingan Liga Super pada musim 2025/26 belum dimuktamadkan, kata Pengerusi kelab bola sepak itu Datuk Seri Raja Shaharudin Shah Raja Jalil Shah.
Pihaknya akan membuat keputusan tersebut selepas berakhirnya saingan Liga Super dan final Piala Malaysia terlebih dahulu.
Ini kerana pihaknya sedang membuat kajian menyeluruh tentang prestasi kelab itu musim ini sebelum satu perbincangan dilakukan dengan semua pihak terlibat.
"Keputusan muktamad hanya boleh dilakukan selepas ada perbincangan antara pemilik Sri Pahang, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, pihak pengurusan kelab dan penganjur".
"Buat masa ini fokus utama kita ialah persiapan pasukan Sri Pahang bagi aksi terakhir Liga Super bertemu Penang dan Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT)".
Selain Sri Pahang, keputusan sama turut melibatkan dua pasukan kelab berkenaan dalam saingan Piala Belia dan Piala Presiden musim 2025/26.
"Keputusan penarikan diri sebelum ini dibuat ketika masalah tunggakan gaji pemain Liga Super masih berlaku, tetapi kini ia sudah diselesaikan".
"Selagi masalah itu tidak selesai, kita tidak dapat memberikan komitmen untuk dua pasukan berkenaan".
"Kita menang pada dua perlawanan terakhir dan saya berharap momentum itu dapat dikekalkan selain mengharapkan para penyokong turun beramai-ramai ke stadium memberi sokongan," katanya.
Kredit - Awani