Skip to main content

Bola Sepak

Hampir enam bulan berehat, Arif Aiman kembali jalani latihan di JDT

AA

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dilihat kembali menjalani latihan bersama kelab itu selepas mengalami kecederaan hamstring pada November lalu.

JDT dalam hantaran media sosial malam tadi, mengirimkan beberapa gambar, termasuk gambar penyerang berusia 23 tahun itu sedang berlatih di padang latihan mereka.

Advertisement

Dia mengalami kecederaan itu ketika membantu Harimau Malaya menentang Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia pada 18 November lalu sebelum menjalani pembedahan di Finland hujung tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, dia terlepas beberapa perlawanan penting, antaranya aksi Malaysia menentang Vietnam bagi penutup kelayakan Piala Asia selain suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bersama JDT menentang Al-Ahli bulan lalu.

 

Must Watch Video