'Jika tidak, Palestin pastinya sudah mara ke pusingan keempat Piala Dunia dan berpotensi bertemu Indonesia'
Adakah kemenangan Palestin benar-benar dirompak dan FIFA bersikap berat sebelah?
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekali lagi menolak rayuan Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) berikutan dakwaan keputusan tidak tepat oleh pengadil perlawanan ketika bertemu Oman, Jun lalu.
Dalam aksi itu, Palestin terpaksa berputih mata apabila jaringan minit akhir Oman menggagalkan harapan mereka untuk mara ke pusingan seterusnya kerana tidak mencukupi bekalan mata selepas seri 1-1.
Usai permainan, pemain dan barisan kejurulatihan Palestin meminta badan induk untuk mengusulkan permintaan supaya pertembungan kedua-dua pasukan itu dimainkan semula kerana mendakwa pengadil tidak telus, sekali gus membuat keputusan yang merugikan Palestin.
Palestin membantah keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penati pada minit ke-97 sambil menegaskan bahawa semakan video bantuan pengadil (VAR) tidak mencukupi.
Namun, maklum balas yang diterima adalah FIFA menolak rayuan tersebut berikutan undang-undang yang telah ditetapkan, di mana keputusan pengadil adalah sah tidak boleh diubah selepas tamat perlawanan.
Jadi, secara rasminya tiada aksi ulangan di antara kedua-dua pasukan.
Palestin mengakhiri perjuangan di tempat kelima Kumpulan B dan selangkah ke pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026, tetapi impian mereka telah musnah kerana Oman berjaya mencuri satu mata dan mara ke peringkat seterusnya.
Sebelum ini, FIFA juga menangguhkan keputusan badan induk tersebut terhadap cadangan Palestin supaya Israel digantung daripada sukan bola sepak antarabangsa susulan kekejaman jenayah perang di Gaza.

????? La FIFA rejette la demande de la Palestine de rejouer le match contre Oman (qualifs CDM 2025), malgré un penalty et une VAR contestés.
— Joueurs Palestiniens ?? (@JoueursPA) July 14, 2025
? Décision finale, sans appel.
❌ Aucun recours possible.
? Dossier clos. pic.twitter.com/AZOzBl4LWb