Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Azraai dilantik selaku jurulatih baru Negeri Sembilan

azraai-khor-070617.jpg
Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah, sah dilantik sebagai jurulatih baru Negeri Sembilan untuk menggantikan Jorg Steinebrunner bagi meneruskan saingan musim ini.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) yang membuat pengumuman rasmi mengenaiya di Bangunan Exco Negeri di Seremban, hari ini.

Negeri Sembilan di bawah Steinebrunner bermula buruk musim ini selepas mengalami tiga kekalahan daripada empat perlawanan musim ini, dengan satu-satunya kemenangan diraih ketika berdepan Kuala Lumpur pada 7 Februari lalu.

Situasi itu meletakkan Negeri Sembilan di tangga kedua terbawah, terikat tiga mata dengan Kuala Lumpur yang berada di tempat tercorot.

Advertisement

Must Watch Video