"Idea ini tercetus apabila saya melihat perkongsian Astro Arena yang membuat liputan dua pemain Kedah berniaga"
Terasa terpanggil dengan situasi melanda gergasi Liga Super itu, bekas pemain percaya semua pihak perlu berganding bahu memastikan Kedah tidak hilang daripada peta bola sepak tempatan.
Presiden Persatuan Anak Darul Aman (ADAM), Datuk Faridzul Kassim, menghargai segala usaha murni orang ramai yang membantu menjayakan misi Tabung Aidilfitri untuk disalurkan kepada pemain utama yang mengalami kesulitan sebagai persiapan sambutan Hari Raya.
"Saya rasa sedih. Itu yang membuatkan diri saya 'cubit peha kiri peha kanan terasa' sebab saya juga bekas pemain bola sepak yang pernah berkhidmat untuk Kedah," katanya kepada wartawan, Fadhirul Shuhaimi.
Menurut perkongsian Faridzul, tempoh sumbangan tidak mengambil masa yang lama apabila sasaran kutipan berjaya dicapai dengan pantas memudahkan proses urusan.
Sumbangan yang mencecahkan RM200,000 itu disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel.
"Terkejut, jumlah kutipan tidak melebihi lima hari.
"Alhamdulillah, terima kasih pada yang bantu untuk menjayakan projek ini.
"Saya amat terharu," tambahnya.
Sewaktu ditemu bual, bekas pemain skuad Hijau Kuning era 80-an itu mahu pasukan yang disegani satu ketika dahulu terus bangkit berjuang dan menaikkan semula zaman kegemilangan Sang Kenari.
Jelasnya, skuad kendalian Victor Andrag harus kekal dalam saingan domestik kerana menganggap ia satu perkara yang memalukan sekiranya skuad tersebut bubar.
"Saya yakin boleh.
"Tidak kira sesiapa pun, ini adalah amanah dan tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Kedah untuk melihat Kedah kembali ke kancah yang lebih hebat.
"Kita tidak mahu sejarah Kedah terkubur dan pasukan terbubar.
"Saya takut sangat.
"Jika hilang daripada radar bola sepak tempatan, amat memalukan.
"Sangat sedih jika Kedah tidak bertanding tahun depan.
"Harapan saya ialah Kedah terus beraksi.
"Jika ada apa-apa kekurangan, kami akan bantu," katanya lagi.

Liga Super 2024/25: Laporan Nadi Arena cetus rasa simpati banyak pihak untuk sama-sama tampil membantu pemain Kedah Darul Aman..Fuh! ???#NadiWeekend #FAM #LigaSuper pic.twitter.com/mBOiZRT6CP
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 29, 2025