Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Terengganu sudah tiada dalam senarai sekatan FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu.jpg
Terengganu FC sudah dikeluarkan daripada senarai sekatan pendaftaran oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sebelum ini, nama pasukan itu terpalit apabila berada dalam senarai pasukan yang dikenakan sekatan pendaftaran pemain oleh badan induk itu bersama Kelantan Darul Naim (KDN) dan PT Athletic.

Bagaimanapun, kelab itu segera memaklumkan bahawa mereka sudah melunaskan segala pembayaran tertunggak melibatkan bekas pegawai asing kelab itu.

Dan ia terbukti apabila nama Terengganu tiada lagi dalam senarai berkenaan.

Selain KDN dan PT Athletics, terdapat beberapa lagi pasukan Liga Malaysia yang masih berada dalam senarai berkenaan, iaitu Perlis FA, Melaka United, Sarawak United, Kelantan FC dan Kelantan FA.

 

Advertisement

Must Watch Video