Satu lagi keputusan seri yang dicipta Terengganu dan ini merupakan keputusan seri yang ketiga berturut-turut diperoleh anak didik Tomislav Stienbruckner itu semasa bertemu Negeri Sembilan kelmarin.
Keputusan itu tidak banyak mengubah kedudukan carta liga buat Sang Penyu dan serba sedikit akan memberi tekanan kepada pemain-pemain Terengganu untuk mencari kemenangan kelapan setelah hanya mampu mengutip 26 mata daripada 18 perlawanan.
Walaupun acap kali memberi tekanan kepada pertahanan Hobin Jang Hobin, penyerang Sang Penyu seperti Ivan Mamut tidak dapat menembusi Sikh Izhan sehingga babak kedua.
Ini perlu dilakukan sesuatu oleh pasukan kejurulatihan Terengganu sekiranya mereka ingin jadi sebuah pasukan yang mampu bersaing dengan pasukan-pasukan pilihan dan jika dinilai daripada segi permainan, ia tidak mempunyai masalah kerana Sang Penyu mempunyai falsafah sendiri seperti bermain secara “build up” dan “transition” pantas.
Pasukan kejurulatihan Sang Penyu juga perlu melihat pertahanan mereka kerana berdasarkan statistik bolos yang terkumpul setakat ini boleh dikatakan setiap perlawanan ada jaringan yang dilakukan pihak lawan.
Anak didik Tomislav Stienbruckner itu perlu lebih berdisiplin dan menggekalkan konsentrasi mereka dalam setiap permainan semasa bertahan kerana jika tidak dapat menggekalkannya, itu akan memberi ruang kepada lawan sebagaimana Herold Goulon berjaya melakukan jaringan penyamaan pada minit-minit akhir.
Jika Tomislav Stienbruckner dapat menyelesaikan masalah pasukan Terengganu itu dalam masa terdekat, sudah pasti ia akan dapat menggekalkan kedudukkan di tempat keenam liga setidak-tidaknya dan agar dapat memberi persembahan yang konsisten nanti didalam saingan Piala Malaysia.
Mengikut daripada kualiti pemain yang sedia ada didalam skuad Sang Penyu itu, tidak mustahil boleh memberikan saingan kepada pasukan-pasukan pilihan kerana jika dua permasalahan itu dapat diperbaiki, sudah tentu ia akan memberi kelebihan kepada skuad pantai timur itu.