Skip to main content

Bola Sepak

Teguran Morais beri impak

safiq-rahim-280717.jpg
"Perubahan taktikal dan teguran Ulisses Morais selepas babak pertama menyelamatkan kami", itu reaksi ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim, yang lega dengan tiga mata yang diperoleh malam tadi untuk semakin menghampir mempertahankan mahkota Liga Super, musim ini.

Tatkala Perak memimpin permainan, Safiq mengakui tekanan yang dirasai begitu sukar.

Namun, dia lega penguasaan The Bos Gaurus hanya sementara selepas apa yang disuarakan ketua jurulatih JDT itu di dalam bilik persalinan telah memberi kesan segera.

Tegas Safiq, JDT hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat musim keempat brturut-turut.

"Mungkin kami hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super. 

"Kalau kami mengekalkan persembahan dan semangat seperti ini, kami akan mendapat keputusan yang baik selepas ini," kata pemain tengah itu. 

Hal yang sama juga disuarakan Ignacio Insa yang tidak teragak-agak menyatakan aksi pada malam tadi adalah antara perlawanan berat yang pernah ditempuhinya sepanjang bergelar pemain Harimau Selatan. 

"Ya, perlawanan pada hari ini (malam tadi) cukup sengit tetapi kami bermula baik. 

"Pada lima minit terakhir babak pertama, kami diasak dan dibolosi. Namun, kami bangkit memulakan rentak dengan baik pada babak seterusnya. 

"Kami telah melaksanakan tugas dengan baik untuk mencapai kemenangan," ujar bekas tonggak Levante itu. 
 

Advertisement

Must Watch Video