Teguran dan kata-kata semangat jurulatih, Jelius Ating, adalah antara faktor kemenangan selesa 3-1 Sabah ke atas UiTM FC dalam aksi liga di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.
Pengurusnya, Datuk Juil Nuatim, berkata pemain pasukan itu gagal mempersembahkan corak permainan baik pada awal perlawanan sehingga membolehkan UiTM FC lebih banyak menguasai bola.
"Bagaimanapun, masalah berkenaan cepat 'dihidu' oleh Jelius yang kemudian memberi teguran serta kata-kata semangat kepada mereka.
"Selepas itu, corak permainan kami lebih mantap sehingga berjaya memenangi perlawanan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu, malam tadi.
Aksi malam tadi menyaksikan Sabah mengakhiri rekod tanpa kalah UiTM FC hasil jaringan Maxsius Musa, Sabri Sahar dan Heo Jaenyong manakala gol pasukan pelawat dijaringkan penyerang import mereka, Bakary Dao.
Kemenangan itu juga membolehkan Sang Badak merampas semula tangga kedua liga selepas mengumpul 12 mata hasil tiga kemenangan dan tiga seri.
Juil berkata kemenangan malam tadi telah meletakkan mereka di landasan betul untuk terus mengejar pendahulu liga, Felda United, yang kini enam mata di depan mereka.
"Sudah pasti kami gembira dengan kemenangan ini kerana UiTM FC juga bukan calang-calang pasukan, mereka berada di tangga ketiga sebelum ini dan masih belum kalah sehinggalah pertemuan dengan kami, malam tadi.
"Fokus kami sekarang ialah perlawanan seterusnya bertemu Felda United pada Sabtu ini. Kami harap akan dapat mengakhiri dominasi mereka," tambahnya.