Penyerang Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche, mengakui hampir tidak beraksi dalam pertemuan Piala Malaysia dengan Negeri Sembilan, kelmarin.
Menyifatkan emosinya terganggu dengan dua berita kematian minggu ini, Tchetche berkata dia gagal memberikan fokus selain tidak mendapat rehat yang sempurna.
Menurut pemain berusia 31 tahun itu, dia mulai hilang semangat selepas kematian mengejut individu berpengaruh di negaranya, Ivory Coast, Isnin lalu.
Berita pemergian Allahyarham Mohd Suffian Rahman semakin mengganggu tumpuan Tchetche, yang tidak dapat melupakan pesanan terakhir penjaga gol itu.
"Satu minggu ini cukup menguji emosi saya hingga terfikir mengenai kemampuan untuk beraksi malam ini (kelmarin).
"Dia (Suffian) sempat mengucapkan semoga berjaya kepada kami dan itu yang menguatkan semangat pasukan TFC," katanya.
Tchetche turut meletakkan sasaran untuk mara lebih jauh dalam Piala Malaysia walaupun sedar kesukaran TFC bagi mengulangi pencapaian ke final musim lalu.
Semangatnya didorong oleh suasana beraksi di depan 80,000 penyokong yang disifatkannya lebih mengujakan berbanding pengalamannya di Oman sebelum ini.
"Bukan mudah untuk beraksi dalam final untuk dua musim berturut-turut.
"Corak permainan kami ini adalah cara bola sepak baru dan saya gembira penyokong menyukainya.
"Jika kami dapat mengekalkan rentak sebegini, TFC ada peluang cerah untuk melangkah ke final," katanya lagi.