Skip to main content

Bola Sepak

Tanpa Piala Dunia, Messi tetap satu fenomena -- Maradona

maradona-i-will-not-tolerate-people-questioning-messi.jpg
Legenda Argentina, Diego Maradona, berkeras mengatakan Lionel Messi adalah pemain fenomena, tidak kira sama ada dia berjaya membantu negaranya memenangi Piala Dunia ataupun tidak. 

Bintang Bercelona itu memiliki koleksi lima Anugerah Ballon d'Or dan dianggap salah seorang pemain terbaik yang pernah disaksikan. 

Messi dikritik hebat ekoran kegagalannya memenangi trofi di peringkat antarabangsa, dengan penampilan terbaiknya bersama Argentina adalah ketika mereka beraksi di pentas final Piala Dunia 2014 di mana mereka tewas kepada Jerman. 

Dia bertambah kecewa dalam Copa America -- skuad Albiceleste muncul sebagai finalis sebanyak tiga kali dalam empat edisi yang disertai Messi. 

Maradona menegaskan kegagalan Messi meraih kejayaan bersama pasukan negaranya tidak akan menjejaskan pencapaiannya. Malah, Maradona berkata dia tidak memenangi Piala Dunia 1986 secara bersendirian. 

"Saya tidak akan bertolak-ansur kalau ada yang mengatakan Messi bukanlah fenomena kerana dia tidak memenangi Piala Dunia," kata Maradona kepada TyC Sports. 

"Messi adalah pemain hebat, tidak kira sama ada dia memenangi Piala Dunia atau tidak.

"Pada usia 56 tahun, saya boleh katakan saya tidak pernah melihat pemain seperti Messi. Saya bersyukur kerana dia adalah pemain Argentina. Kami ada Messi, ketua paderi dan saya...

"Mengapa kita mahu membebaninya dengan dakwaan dia bukan fenomena jika dia tidak mememangi Piala Dunia?

"Saya memenanginya kerana dapat beraksi di samping pemain seperti Ricardo Giusti, Jorge Burruchaga, Nery Pumpido, Oscar Ruggeri dan ramai lagi."


Advertisement

Must Watch Video