Tiada alasan untuk tidak menghulurkan bantuan kepada skuad B-23 negara.
Kenyataan jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusof, itu membawa maksud Lang Merah tiada halangan melepaskan tiga pemain utama mereka dengan dua daripadamereka bakal mengisi majoriti tiga kuota pemain lebih umur dalam Sukan Asia 2018 bulan depan.
Ketika bertebaran pelbagai versi nasib skuad B-23 negara bagi temasya Jakarta-Palembang 2018, Kedah lantang memberi jawapan tepat bahawa mereka tiada hasrat untuk menyekat kemahuan jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee.
Tegas jurulatih itu, walaupun empat aksi Piala Malaysia bakal berlangsung tanpa kelibat ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Ifwat Akmal Che Kassim, beliau menegaskan adalah menjadi hak pemainnya untuk menyarung jersi negara.
"Kami tiada halangan untuk membantu pasukan kebangsaan dalam Sukan Asia.
"Ini bermakna kami rela melepaskan pemain," katanya.
Dalam pada itu, Baddrol yang menjadi pilihan utama Kim Swee untuk mengisi kuota pemain lebih umur mengharapkan pengertian semua kelab dan persatuan negeri lain agar mengutamakan tugasan negara dengan melepaskan pemain-pemain yang telah mendapat mandat.
"Untuk kem B-23 ini, saya mengharapkan semua pihak dan negeri memahami situasi pasukan kebangsaan.
"Saya masih positif dan semua penyokong Malaysia positif untuk memberi semangat kepada pasukan kebangsaan," kata pemain tengah itu.