BELGIUM 2 REPUBLIK CZECH 1
Tandukan pemain gantian, Marouane Fellaini, pada separuh masa kedua membantu Belgium merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium King Baudouin, Brussels, awal pagi tadi.
Persiapan tuan rumah untuk menghadapi aksi itu terganggu susulan kecederaan pergelangan kaki Eden Hazard dalam sesi latihan, namun nasib malang yang menimpa bintang Chelsea itu tidak menghalang Michy Batshuayi untuk merakamkan gol pembukaan pada separuh masa pertama selepas mempamerkan aksi pembukaan yang memberangsangkan.
Begitupun, kelekaan Kevin De Bruyne memberi ruang buat Michal Krmencik untuk mengikat kedudukan sehingga Fellaini menghadiahkan kemenangan buat tuan rumah menerusi tandukan pada minit ke-52.
Momentum kemenangan itu menjadi bekalan buat anak buah Roberto Martinez yang akan menghadapi Estonia dalam aksi Kumpulan H kelayakan Piala Dunia, hujung minggu ini.
Mereka kini menerajui saingan peringkat kumpulan itu dengan 13 mata daripada lima perlawanan, dua mata mengatasi Greece.
Sementara itu, Republik Czech akan menghadapi Norway dalam saingan Kumpulan C apabila skuad bimbingan Karel Jarolim itu menghuni tangga ketiga di belakang Jerman dan Ireland Utara.