Menandatangani Romelu Lukaku buat Manchester United mungkin merupakan usaha Jose Mourinho bagi memastikan Chelsea tidak menjadi lebih kuat, kata Phil Neville.
United membawa masuk Lukaku dari Everton dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai £75 juta (RM420 juta) pada Isnin lalu, menerusi kontrak lima tahun dengan tahun keenam adalah pilihan.
Perjanjian itu berlaku setelah pemain antarabangsa Belgium berkenaan dilihat bersedia untuk kembali ke bekas kelabnya, Chelsea, sementara skuad Mourinho mengejar bintang Real Madrid, Alvaro Morata.
Perpindahan Lukaku ke Old Trafford adalah satu kejutan dan Neville berasakan United mahu menahan pesaing utama Liga Perdana mereka daripada meningkat -- terutama dengan Diego Costa yang dijangka akan keluar -- memainkan peranan dalam keputusan Mourinho.
"Ia mengejutkan saya, saya fikir mereka akan dapatkan Morata dan Mourinho berkata mereka sebenarnya membuat tawaran untuk Morata," kata Neville kepada talkSPORT.
"Apa yang dikehendaki oleh Mourinho dalam semua pasukan yang dikendalikannya adalah seorang penyerang utama.
"Jika Diego Costa meninggalkan Chelsea, anda fikir mungkin Mourinho menahan Lukaku pergi ke Chelsea untuk mengelakkan mereka menjadi lebih kuat kerana dia mungkin seorang penyerang terbaik."
Neville juga percaya Everton yang juga bekas kelabnya, mempunyai jendela perpindahan hebat, dengan membawa masuk Wayne Rooney dan Sandro Ramirez ke Goodison Park untuk membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Lukaku.
"Ia (kontrak Lukaku) baik untuk kedua-dua kelab," katanya. "Everton telah mendapat wang yang luar biasa, melaburkan wang itu dengan baik, dan saya fikir kedua-dua pihak akan gembira.
"Apa yang dilakukan Everton sangat baik -- dan mereka mungkin tidak mempunyai pengaruh sebelum ini -- mereka membawa masuk pemain. Jadi, apabila mereka perlu menjual, peminat masih gembira. Mereka mempunyai lima atau enam pemain berkualiti dan masih akan membawa dua lagi.
"Saya fikir, di atas kertas mereka hebat menerusi Sandro. Saya sering melihatnya di Malaga pada musim lalu, dia hebat, pergerakannya cemerlang, dia masih muda dan berada dalam skuad bawah 21 tahun Sepanyol.
"Saya fikir terdapat banyak perkara yang akan datang daripada Rooney. Ada orang fikir dia pergi ke sana hanya untuk bersara.
"Setelah menontonnya sejak 12 bulan terakhir dan kekurangan aksi pertandingan yang diraih, ini mungkin langkah untuk meneruskan kerjayanya -- anda memerlukannya pada usia itu."