Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, memberitahu Marouane Fellaini agar "tandatangan kontrak dan diam" apabila pemain tengah itu menghampiri hujung perjanjiannya.
Fellaini, 30, dijangka terlepas beberapa minggu selepas mengalami kecederaan lutut dalam kekalahan 2-0 United kepada Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris, kelmarin.
Pemain antarabangsa Belgium itu akan berada di luar kontrak pada akhir musim ini dan Mourinho berkata dia sudah memberitahu pemain tengah itu untuk menandatangani perjanjian baru.
"Saya beritahu dia semalam, 'tandatangan kontrak dan diam'," kata Mourinho dalam sidang akhbar hari ini.
"Saya beritahu dia, 'jangan terlalu banyak ambil risiko, tandatangan kontrak sebelum mengetahui tahap kecederaan'."
Mourinho tidak pasti berapa lama akan kehilangan Fellaini, yang telah membuat 12 penampilan dalam Liga Perdana musim ini.
Jurulatih Portugis itu mendedahkan Fellaini mungkin terlepas perlawanan di antara dua hingga lima minggu.
"Ia bukan ACL, (atau) pecah apa-apa struktur lutut," kata Mourinho.
"Tetapi kami memerlukannya, Liga Juara-Juara Eropah akan tiba (perlawanan pertama United menentang Sevilla pada 21 Februari) dan banyak perlawanan sukar untuk diharungi dan mungkin kami akan kehilangannya selama beberapa minggu. Dua, tiga, empat atau lima minggu, saya tidak boleh katakan pada masa ini. "